Gagasan Rakyat Bahagian Darau Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Likas

Gagasan Rakyat Bahagian Darau Salur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Di Likas

0
SHARE
Mohamed Razali menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Likas sini hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau menyampaikan sumbangan kepada 15 ketua isi rumah membabitkan 64 keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Likas di sini ahad lalu.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, sumbangan ini dijangka mampu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa kebakaran lebih-lebih ketika di bulan ramadan.

Katanya, beliau berharap agar semua mangsa terlibat supaya bersabar serta yakin kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk memastikan bantuan lain dapat disalurkan kepada mereka dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua mangsa kini di tempatkan di Dewan Serbaguna Likas sementara. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak bomba, pihak keselamatan serta orang ramai yang telah membantu mangsa kebakaran ini…

Mohamed Razali mendengar keluhan salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Likas…

“Sumbangan yang diberikan ini biarpun nilainya sedikit, namun sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban, dan boleh memberi semangat baharu kepada mereka semua,” katanya mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di sini hari ini.

Mohamed Razali menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Likas sini hari ini…

Mohamed Razali berkata, pihaknya akan melihat beberapa bentuk keperluan harian lain untuk membantu disampaikan kepada mangsa kebakaran termasuk menyediakan persiapan lain bagi membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

“Kami berharap kehadiran kami dapat menjadi motivasi kepada mangsa-mangsa terlibat melepasi masa sukar ini agar mereka dapat menyambut sinar baharu dalam masa terdekat.

“Kita juga akan melihat keperluan lain bagi membantu mangsa kebakaran ini dapat mendidikan rumah mereka semula. Saya yakin Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan membantu mereka,” jelas Mohamed Razali.

Mohamed Razali menyemak senarai mangsa kebakaran Kampung Likas…

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim.