PRU15: MB JOHOR DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN

PRU15: MB JOHOR DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN

0
SHARE
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

PETALING JAYA – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Onn Hafiz berkata Zahid sepatutnya mengikuti teladan Najib Razak dan meletakkan jawatan.

“Umno dan BN hanya memenangi sembilan kerusi parlimen di Johor dan gagal memenangi satu pun kerusi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Terengganu…

“Walaupun sukar diterima, pemimpin UMNO termasuk saya sendiri perlu mendengar suara rakyat. Suara mereka jelas melalui undi.”

Onn Hafiz berkata ramai pemimpin Umno, MCA dan MIC yang baik terkorban kerana parti itu enggan mendengar akar umbinya.

“Kita perlu berani mendesak perubahan demi parti,” katanya sambil menambah perubahan ini perlu dimulakan sekarang.

“Jika kita tidak berubah sekarang, kita tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa hadapan,” katanya ini adalah sebab Zahid perlu meletakkan jawatan.

Dalam pilihan raya semalam, BN hanya berjaya memenangi 30 kerusi.

Saingannya Pakatan Harapan (bersama Muda) menang 82 kerusi manakala Perikatan Nasional menang 73.