Lebih 2000 Murid Sekolah Kembali Ke PDPR Sehingga Air Banjir Reda

Lebih 2000 Murid Sekolah Kembali Ke PDPR Sehingga Air Banjir Reda

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 2,425 orang pelajar sekitar Sabah hari ini meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) sehingga selamat ianya untuk kembali ke sekolah mereka yang kini dilanda banjir.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin berkata, perkara itu turut melibatkan seramai 204 orang guru yang bertugas pada lapan buah sekolah terbabit di tiga daerah.

“Sekolah-sekolah ini termasuk SMK St Paul, SK Lago dan SK Bukau di Beaufort, SK Gumisi, SK Ladong Sapong, SJKC Yuk Syn dan SK Inubai di Tenom dan SK Tombovo di Penampang,” katanya.

Jalan raya putus menuju ke SK Kuala Tomani…
SK Gumisi…

SK Tombovo dilanda banjir kilat dan dalam proses pembersihan manakala sekolah-sekolah yang lain masih ditenggelami.

“Jalan raya menuju ke SK Kuala Tomani di Tenom dilaporkan putus namun pembelajaran diteruskan kerana guru serta murid menggunakan jalan alternatif…

“SK Gumisi, juga di Tenom, dilaporkan terputus bekalan elektrik dan rangkaian telekomunikasi tidak berfungsi,” tambah beliau.