PENYELESAIAN YANG CEPAT DAN KEKAL KEPADA MASALAH AIR SABAH

PENYELESAIAN YANG CEPAT DAN KEKAL KEPADA MASALAH AIR SABAH

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah bekalan air Sabah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad lepas kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan negeri sedang melaksanakan rancangan sendiri bagi menangani masalah air tersebut dan dengan bantuan yang ditawarkan kerajaan Persekutuan, kita percaya masalah itu dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya dalam kenyataan media.

Hajiji turut menjelaskan bahawa Anwar tidak menyatakan kerajaan Persekutuan akan mengambil alih pengurusan bekalan air negeri susulan pengumuman terbabit.

“Apa yang Perdana Menteri maksudkan ialah kerajaan Persekutuan akan membantu masalah pengurusan air dengan menyediakan peruntukan lebih besar sama seperti isu air di Kelantan,” katanya.

Hajiji juga berkata kerajaan negeri memandang serius masalah bekalan air di Sabah.

“Kami akan menyelesaikan semua isu berkaitan semasa pertemuan dengan Perdana Menteri untuk mendapatkan penyelesaian yang berkekalan,” katanya.