KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini.
Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana 2023.
Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin
Mohd.Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Sapdin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul, Pengarah Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad.





