KOTA KINABALU, SABAH – Australia tidak sabar untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Sabah dalam era pasca pandemik.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr. Justin Lee, mengesahkan ini semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu sini semalam.
Antara isu yang dibincangkan ialah pelancongan dan hubungan ekonomi dua hala.
​​Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee menandatangani buku pelawat sambil Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong melihat…
Dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada Jun tahun lepas, Dr Lee berkata Australia menghargai hubungan yang terjalin sejak sekian lama dengan Sabah dan berharap dapat meneruskan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.