Cuaca Panas Di Malaysia Berterusan Sehingga Mac

Cuaca Panas Di Malaysia Berterusan Sehingga Mac

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

Kuala Lumpur – Malaysia dijangka akan mengalami fenomena peningkatan suhu mendadak yang akan berterusan sehingga Mac tahun ini.

Menurut laporan Harian Metro, fenomena ini berlaku kerana negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga melaporkan Semenanjung Malaysia terutamanya di utara juga akan mengalami taburan hujan yang agak rendah dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, MetMalaysia tidak dapat menjangka keadaan cuaca panas yang luar biasa akan berlaku tahun ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata taburan hujan yang rendah dan litupan awan yang kurang dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca panas bermula tengah hari hingga ke lewat malam.

“Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh antara Januari hingga April setiap tahun.

“Suhu tertinggi pada Januari yang dicerap oleh MetMalaysia adalah 36.6 darjah celsius dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu, manakala pada 2021 pula adalah 34.6 darjah celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Langkawi pada 28 Januari tahun lalu,” katanya.

Namun bermula pada pertengahan April, keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan negara dalam tempoh itu dijangka beransur reda

Dalam pada itu, Muhammad Helmi juga menasihatan agar orang ramai untu sentiasa minum air secukupnya dan mengurangkan aktiviti-aktiviti luar…

Beliau juga menggesa agar semua pihak mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka…

“MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan akan mengeluarkan Nasihat Gelombang Haba sekiranya bacaan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah celsius untuk tiga hari berturut-turut.

“Orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia,” katanya.