Datin Juliah Dijangka Sempurnakan Acara Mother’s Day Walk Abreast

Datin Juliah Dijangka Sempurnakan Acara Mother’s Day Walk Abreast

0
SHARE
Juliah
Dg Siti bersama Lucilla memegang baju sempena acara dalam kunjungan hormat baru-baru ini ( Sumber Foto: Ihsan Kinabalu Pink Ribbon )

KOTA KINABALU, SABAH Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Datuk Juliah Salag akan menjadi tetamu kehormat bagi memeriahkan “Mother’s Day Walk Abreast” yang akan diadakan di Padang Merdeka, Ahad ini (7 Mei).

Juliah akan melangsungkan “flag off” bagi acara berjalan kaki sempena Hari Ibu anjuran Kinabalu Pink Ribbon (KPR).

Kunjungan hormat oleh Presiden KPR Datin Lucilla Pang dan barisan Exco telah diadakan baru-baru ini ke pejabat Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

Isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap isteri Menteri Kerja Raya, Datin Dg. Siti Hayyat Ag. Saufi, Setiausaha Kehormat yang bertindak bagi pihak Juliah, hadir untuk mengalu-alukan kumpulan tersebut.

Ia diikuti dengan taklimat program acara serta aktiviti-aktiviti utama KPR tahun ini yang merangkumi program kesedaran barah payudara di Sabah.

Antara topik yang dikemukakan Lucilla berkaitan simposium, acara pengumpulan dana seperti majlis makan malam “Pink Masquerade Nite”, untuk membiayai bangunan untuk sekretariat KPR dan pusat aktivitinya.