Wanita Gagasan Rakyat Lawat Mangsa Kebakaran Di Kampung Kesapang Kota Belud

Wanita Gagasan Rakyat Lawat Mangsa Kebakaran Di Kampung Kesapang Kota Belud

0
SHARE
Gagasan rakyat
Hasrina menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – EXCO Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Hasrina Wati Datuk Golkhan mewakili Wanita Gagasan Rakyat Sabah bersama Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Tempasuk Fadzilah Noordin melawat mangsa kebakaran di Kampung Kesapang, Kota Belud semalam.

Salah seorang mangsa yang terkesan daripada kebakaran yang melanda di Kampung Kesapang, Kota Belud merupakan seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Kota Belud.

Rumah yang telah beliau diami bersama keluarga termasuk keperluan peribadi hangus terbakar akibat kejadian itu.

Setelah menyantuni dan meluangkan masa mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian keluarga mangsa, Hasrina yang juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat DUN Usukan menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai serta bantuan berupa bakul makanan mewakili Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah Datuk Redonah Bahanda.

Rombongan amal itu turut disertai oleh AJK Wanita Bahagian yang mewakili Usukan dan Tempasuk.