KOTA BHARU – Pasukan badminton lelaki Kolej Vokasional (KV) Zon Sabah/Labuan telah berjaya menjadi johan perlawanan badminton yang buat julung-julung kakinya dipertandingkan di Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) daripada 10 sehingga 15 Ogos 2026 di Kota Bharu, Kelantan.
Pasukan tersebut yang terdiri daripada tujuh pemain daripada KV Keningau, KV Kudat dan KV Lahad Datu tersebut berjaya menewaskan pasukan daripada zon Selangor/Kuala Lumpur di peringkat akhir dengan skor 3-2 melalui format pertandingan berpasukan.
Tujuh pemain tersebut adalah Donovan Lee Tze Shen, Dayzwell Queewinn Manuel, dan Muhammad Uwais Al-Qarny Zarwandy daripada KV Keningau, Aden Geissler Henderikus, Ahmad Azzimuddin Ahmadait dan Daniel Dwelther daripada KV Kudat dan Mohamad Nazri bin AG. Zainuddin daripada KV Lahad Datu. Pasukan ini bertarung dengan pemain terbaik dan pasukan pemenang daripada Kolej Vokasional di negeri-negeri di Malaysia.
Perlawanan yang berlangsung di Dewan Badminton Tengku Anis 1, Pengkalan Chepa, itu menyaksikan pasukan ini memenangi setiap perlawanan dari peringkat awal ke peringkat akhir; Kedah/Perlis (4-1), Pulau Pinang (5-0), Terengganu (4-1), Selangor/Kuala Lumpur (3-2), Perak (4-1), Melaka/Negeri Sembilan (3-0) dan pasukan ini sekali lagi bertembung dengan Selangor/Kuala Lumpur di peringkat akhir dan menewaskan mereka dengan skor yang sama seperti sebelumnya.
Pasukan ini diurus dan dilatih oleh guru-guru dari KV Lahad Datu, KV Beaufort, KV Keningau dan KV Lahad Datu.

Para pemain ini dipilih daripada perlawanan SUKOV peringkat Zon Sabah/Labuan pada bulan Jun yang dijuarai oleh KV Keningau disusuli oleh KV Lahad Datu dan KV Kudat. Pasukan badminton perempuan dari zon Sabah/Labuan berjaya memenangi kategori Bowl.
Zon Sabah/Labuan merupakan johan keseluruhan kejohanan SUKOV dengan memenangi lima acara yang dipertandingkan.
Pengarah KV Keningau, Lumang anak Lang, sangat berbangga dengan pencapaian ini lagi-lagi KV Keningau, selaku tuan rumah SUKOV peringkat zon dan juara badminton zon Sabah/Labuan, merupakan pusat latihan bagi atlit-atlit untuk beberapa kejohanan termasuklah perlawanan badminton.






