Gunung Kinabalu Jadi Pentas Kesedaran Pendermaan Organ

Gunung Kinabalu Jadi Pentas Kesedaran Pendermaan Organ

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pendakian Gunung Kinabalu oleh Wira Transplant Malaysia (WTM) disifatkan sebagai simbol keberanian, harapan dan ketabahan dalam meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan organ.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, program itu bukan sekadar cabaran fizikal, tetapi membawa mesej peluang kedua kehidupan melalui transplantasi.

Sementara itu, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Mohd Ishak Ayub berkata, kira-kira 51,000 rakyat Malaysia kini menjalani dialisis dengan pertambahan sekitar 27 pesakit setiap hari.

“Keadaan ini menunjukkan keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran pendermaan organ serta memperkukuh sistem transplantasi negara,” katanya.

Beliau menambah, pendakian tersebut melambangkan perjuangan pesakit transplantasi dan menjadi platform penting menyebarkan kesedaran awam.

Program itu turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Persatuan Transplantasi Malaysia dan Yayasan Kelab-Kelab Rotary Malaysia.