
KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah tidak seharusnya risau jika pekerjaan mereka akan diambil alih oleh kederasan buatan ataupun AI, tetapi sepatutnya lebih risau terhadap tahap penggunaan di Sabah yang masih jauh ke belakang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata “artificial intelligence” (AI) memerlukan pengendali yang kompeten dan tugas itu tidak boleh digantikan dengan sebuah sistem komputer semata-mata.
“Kementerian Sumber Manusia sedang menyiapkan generasi pelajar hadapan dengan kepakaran AI melalui TVET agar dapat lebih memhami AI dan menjadi pegendalinya.
“Di Sabah, kita perlu tekankan kesedaran tentang AI keraena kita agak kebelakang. Walaupun sudah bermula tetapi ianya perlu diperluaskan.
“Pekerja dan majikan harus bersedia menerima perubahan ini. Kalau tidak, kita akan ketinggalan berbanding negeri dan negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Sepanggar di Suria Inanam, d sini, semalam.
Beliau mendapat pujian daripada Ketua Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew kerana mampu menubuhkan pusat itu hanya dalam tempoh enam bulan selepas menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen Sepanggar.





