Gelagat Sempoi Agong Dan Permaisuri Turun Sendiri Cop Pasport Di Miri

Gelagat Sempoi Agong Dan Permaisuri Turun Sendiri Cop Pasport Di Miri

0
SHARE
Tangkap layar gelagat sempoi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup turun sendiri ke kaunter Pos Kawalan Imigresen masuk ke Miri, Sarawak...

MIRI, SARAWAK – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup turun sendiri ke kaunter Pos Kawalan Imigresen masuk ke Miri, Sarawak.

Gelagat sempoi mereka mencuri perhatian orang ramai menerusi video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di akaun Instagram Istana Negara.

“Tolonglah cop pasport saya. Cepat cepat cepat. Coplah mana-mana pun boleh, banyak ruang kosong,” titah Raja Permaisuri Agong.

Tidak lama kemudian, Agong turut turun dari kenderaan dan bergurau-senda dengan pegawai Imigresen yang sedang bertugas di kaunter.

“Haa tengok muka saya ini. Betul tak? Muka original (asli) ya,” titah Seri Paduka Agong.

Dari Pos ICQS Sungai Tujuh pada 12.10 tengah hari tadi Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menempuhi perjalanan sejauh 2,154 kilometer (km) pada jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ bermula 3 September..(Sumber Foto: Utusan Sarawak)