Sammy Newton Terajui Kepimpinan IPD Penampang

Sammy Newton Terajui Kepimpinan IPD Penampang

0
SHARE
Ipd
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada Superitendan Sammy di IPK Sabah ( Sumber Foto: IPD Penampang )

KOTA KINABALU, SABAH – Superintendan Sammy Newton akan menerajui kepimpinan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Penampang yang baharu bermula semalam.

Majlis Pemakaian Pangkat telah disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun kepada Superintendan Sammy di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Superintendan Sammy sebelum ini telah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang sekaligus sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang.