Polis Penampang Potong Bekalan Elektrik Premis Judi Haram

Polis Penampang Potong Bekalan Elektrik Premis Judi Haram

0
SHARE
Op dadu
Sammy (kiri) melihat bekalan salah sebuah premis judi haram dipotong pihak SESB ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menjalankan pemotongan bekalan elektrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram tanpa lesen dalam operasi bersepadu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata, tindakan pemotongan bekalan ini elektrik terhadap premis-premis ini dilakukan adalah tertaklul di bawak peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kehadiran pihak SESB dalam operasi kali ini dapat memastikan proses pemotongan elektrik dibuat dengan betul dan selamat,” kata beliau yang turut mengetuai Op Dadu kali ini.

Sammy menegaskan tindakan terbabit merupakan amaran serius Polis Penampang dalam membenteras sebarang aktiviti perjudian haram di Daerah Penampang.

“Segera laporkan kepada pihak polis sekiranya orang awam mendapat informasi mengenai sebarang kejadian jenayah dalam daerah ini,” tambah beliau.