TAMBUNAN, SABAH – Seorang pemandu lori treler yang membawa muatan kayu balak cedera parah apabila ianya terbabas dan terbalik di tepi jalan Kampung Babagon pada Selasa.
Mangsa kejadian kira-kira 6.30 petang itu dikenal pasti sebagai Adrian Syamsudbin berusia 27 tahun.
Pasukan bomba daerah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital dengan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi membabitkan 10 orang anggota itu kemudian ditamatkan pada jam 7.50 malam.






