Ops Tapis Jerat 20 Penagih Sekitar Putatan, Penampang

Ops Tapis Jerat 20 Penagih Sekitar Putatan, Penampang

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Polis daerah ini telah menahan 20 individu termasuk enam wanita berusia 19 hingga 45 tahun dalam operasi kelima ‘Ops Tapis’ tahun ini.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata, operasi dua hari bermula Isnin itu menyasarkan enam lokasi di Putatan dan Penampang.

Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 39A, 12(3) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sebanyak 5.94 gram syabu bernilai RM1,188 telah dirampas. Kesemua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak polis menyarankan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa untuk sentiasa mengawasi pergaulan dan gerak-geri anak- anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

“Orang ramai turut diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis untuk membantu membanteras gejala najis dadah,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.