STRATEGI EKONOMI KM HAJIJI MELAKAR NASIB BAHARU UNTUK SABAH

STRATEGI EKONOMI KM HAJIJI MELAKAR NASIB BAHARU UNTUK SABAH

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil alih tampuk pimpinan Sabah pada September 2020 dengan mewarisi ekonomi yang sangat lemah selepas pandemik Covid dan tabung negeri yang hampir kosong dengan KDNK pada 8.7 peratus.

Dengan sifar pelaburan pada waktu itu, ekonomi Sabah perlu disusun semula. Tugasan Hajiji yang paling sukar ialah menyelaraskan semula hubungan Sabah dan Persekutuan, terutamanya berkait hal minyak dan gas.

Datuk John Lo berpendapat bahawa orang Sabah ketika itu perlukan penawar segera yang hanya mampu diberikan seseorang yang berakal dalam konteks sejarah salah tadbir ekonomi Sabah.

“Mereka mahukan Sabah mencontohi Sarawak secara membabi buta. Ini amat tidak bijak kerana Sarawak dan Sabah mempunyai sejarah perkembangan politik dan ekonomi yang sangat berbeza.

“Perbezaan besar dalam keadaan politik dan sosial sekarang. Sarawak telah menubuhkan pemerintahan sendiri sejak zaman Raja Putih dan kestabilan politik lebih awal daripada Sabah.

Datuk John Lo…(Sumber Foto: Daily Express)

“Walau bagaimanapun, rakyat Sabah mesti bertanggungjawab terhadap masa depan dan mesti melakar nasib sendiri dengan mengutamakan agar menjadi tuan ekonomi negeri kita semula,” katanya kepada akhbar Daily Express.

Beliau berkata Hajiji telah menghabiskan banyak masa dan usaha untuk membuat koreografi pemulihan ekonomi untuk Sabah dengan pelaksanaan beberapa dasar dengan cekap yang membuahkan hasil.

“Dasar pertama beliau sebagai Ketua Menteri ialah untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Sabah. Perpaduan adalah kunci kepada rakyat Sabah sebagai rakyat, untuk bersatu dan makmur. Berbelah bahagi, kita pasti akan mengalami nasib yang lebih buruk. Ini disahkan dengan sejarah 40 tahun lalu.

“Untuk menarik pelbagai pelaburan, beliau telah memulakan pelbagai dasar mesra pelabur. Akibatnya, pelaburan yang belum pernah berlaku sebelum ini telah masuk dan banyak lagi yang sedang dalam perancangan.

“Beliau telah berjaya menyelaraskan semula hubungan Sabah dan Persekutuan yang lebih saksama yang telah menyebabkan Sabah memperoleh semula beberapa hak, yang paling cemerlang ialah dalam minyak dan gas serta penjanaan kuasa.

“Hajiji dan Menteri Jabatan Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmy Yahya buat pertama kali dalam sejarah Sabah, telah mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah infrastruktur Sabah yang berusia 30 tahun iaitu air dan kuasa.

“Hajiji telah bijak dan sangat berinovatif untuk mengumpulkan beberapa orang terkenal bukan ahli politik-Sabah untuk membantu dan menasihati beliau,” katanya.

John membagi contoh cemerlang: Tan Sri David Chu, Pengerusi SEAC dan pemaju terkenal, Tan Sri David Wong, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Andrew Sheng, Penasihat Ekonomi semasa kepada Kerajaan Hong Kong dan baru-baru ini dilantik Penasihat Pentadbiran Kawal Selia Kewangan Kebangsaan China, Datuk Seri Lim Haw Kuang dan Bekas Pengerusi Eksekutif Syarikat Shell di China dan Pengerusi Eksekutif SDB sekarang.

Beliau berkata Hajiji merupakan Ketua Menteri pertama yang mendekati rakyat Sabah dan bukan ahli politik terkemuka dalam perniagaan, undang-undang dan profesion lain untuk mendapatkan nasihat.

“Selain itu, Hajiji ialah Ketua Menteri pertama yang mengutamakan perhatiannya untuk menyelesaikan masalah ekonomi Sabah yang sudah berdekad lamanya.

“Hajiji telah merombak beberapa GLC dan jabatan dan melantik beberapa pegawai yang mahir termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainuddin Aman ke SOGIP. Saya harap dia akan membuat banyak lagi pelantikan yang serupa.

“Yang paling penting ialah kejayaan Hajiji untuk mencapai kestabilan politik pada awal tahun 2023. Kini, beliau telah mendapat lebih 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

“Kehadiran empat bekas Ketua Menteri, yang paling ketara, adalah Tan Sri Musa, di Kongres Tahunan GRS adalah paparan penting kestabilan politik dan sokongan kepada Hajiji,” katanya.