BORNEO MERDEKA CENTRE SAHKAN SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR DAN AHLI UMNO SABAH...

BORNEO MERDEKA CENTRE SAHKAN SOKONGAN PENGUNDI ATAS PAGAR DAN AHLI UMNO SABAH TETAP MEROSOT MENJELANG PRN-17

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Borneo Merdeka Centre mengesahkan hasil kajian akhir penggal jelas menunjukkan ahli-ahli UMNO akan menolak parti itu sebagai tanda protes kepada kepimpinan Bung Moktar dan tidak bersetuju bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah.

Ketika dihubungi wartawan SabahNews, Penganalisis Politik Borneo Merdeka Centre, Baharuddin Yamani berkata hasil kajian berterusan di lapangan bagi 25 Parlimen di Sabah secara jelas menunjukkan sokongan kepada UMNO jauh merosot.

Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata jangkaan ‘trend’ kehilangan sokongan ahli akar umbi terhadap UMNO Sabah akan terus meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Bung Moktar dalam satu kenyataan balas pula menafikan dakwaan tersebut sambil mengesahkan sokongan ahli UMNO Sabah masih utuh.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar…

Baharuddin Yamani berkata: “sebagai sebuah badan bebas, hasil tinjauan kami menunjukkan ramai ahli UMNO telah menjadi ahli Parti Gagasan Rakyat walaupun kemungkinan mereka masih mempunyai keahlian dalam UMNO.

“Hasil kajian kami juga turut mendedahkan ahli-ahli UMNO tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Bung Moktar dan menolak parti itu untuk bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah.

“Agak pelik apabila ditanya, segelintir ahli-ahli UMNO berkata alasan mereka menolak menyokong parti Warisan adalah disebabkan parti itu dikatakan amat mesra dengan masyarakat Filipina, slogan ‘Sabah Kita Punya’ dan isu ‘Sempornasisasi'”.

VIDEO menunjukkan penyokong Shafie semasa Parti Warisan memerintah Sabah, slogan ‘Sabah Kita Punya’ menjadi trending dikalangan ahli-ahli WARISAN Sabah...
VIDEO yang turut tular di laman media sosial Facebook yang jelas memperlihatkan Shafie berbahasa Bajau berkata “KITA YANG BERKUASA DI SABAH.”

“Trend kehilangan sokongan kepada UMNO juga berlaku amat ketara selepas cubaan menggulingkan Hajiji gagal pada awal tahun 2023.”

“Cara kepimpinan Hajiji mengurus tadbir negeri Sabah dengan kemasukan pelabur asing yang ramai juga diakui turut menarik minat ahli-ahli UMNO,” jelas beliau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendengar taklimat semasa meninjau perkembangan pelaburan SK Nexilis di KKIP pada Mac 2022…

Baharuddin berkata lagi: “Parti Gagasan Sabah (GAGASAN) yang menubuhkan bahagian parti membabitkan 73 kawasan DUN juga dilihat sebagai satu strategi bijak untuk menarik lebih ramai pengundi berbanding UMNO yang hanya diwakili oleh 25 jawatankuasa bahagian sahaja”.

“Tumpuan parti GAGASAN di 73 kawasan DUN akan membolehkan jawatankuasa bahagian menarik lebih ramai ahli untuk menyertai parti itu”.

“Kami juga mempunyai maklumat keahlian Parti Gagasan Sabah telah mencecah jumlah melebihi 200 ribu orang, malahan kami menjangkakan keahlian ini akan terus bertambah menjelang PRN-17 sabah”.

Secara realistik, untuk UMNO dan Warisan memerintah Sabah, raih undi daripada kaum Kadazan Dusun dan Cina juga amat penting.

Dapatan menunjukkan bahawa UMNO walaupun dibantu oleh komponen BN, WARISAN dan KDM, tetapi masih sukar untuk parti berkenaan menarik pengundi daripada kaum Kadazan, Dusun dan Cina.

“Kami juga mempunyai data ke atas ‘pengundi atas pagar’ dan data tersebut juga menunjukkan perubahan sentimen sokongan kepada Hajiji semakin meningkat…

“Borneo Merdeka Centre juga akan menerbitkan hasil kajian termasuk peratusan sokongan kepada UMNO pada akhir tahun ini,” jelas Baharuddin.