SAGA X – 259 Atlet Sertai Sukan e-Sport

SAGA X – 259 Atlet Sertai Sukan e-Sport

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 259 atlet mengambil bahagian dalam acara e-Sport sempena temasya Sukan Sabah (SAGA) Edisi ke-10.

Daripada jumlah tersebut, 178 adalah peserta lelaki dan manakala 81 lagi merupakan atlet wanita.

Menurut Ketua Teknikal Delegat Sukan e-Sport, Mohd Esmal Badri Japar, tiga kategori permainan yang dipertandingkan adalah Mobile Legend : Bang Bang (MLBB) bagi kategori berpasukan lelaki dan wanita, Tekken dan e-Football mempertandingkan kategori individu lelaki.

Dalam edisi pertama ini, kontinjen-kontinjen terlibat mengetengahkan atlet berumur dalam lingkungan 12 hingga 20 tahun dengan peserta termuda mewakili daerah Kota Marudu bagi sukan e-Football.

Acara yang menawarkan empat pingat emas itu berlangsung di Dewan Sa’adah Wisma Muis selama lima hari mulai hari ini hingga Khamis depan. — JABATAN PENERANGAN SABAH