KOTA KINABALU, SABAH -Acara bola tampar, tinju dan memanah antara acara telah membuka tirainya.
Bagi acara memanah, sebanyak 27 pingat menjadi rebutan 151 atlet daripada 17 pasukan yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Acara yang diadakan di Kompleks Sukan Ranau itu mempertandingkan tiga kategori iaitu recurve lelaki, recurve wanita dan compound lelaki.
Selain memanah, acara bola tampar turut bermula dengan menyaksikan 16 kontinjen mengambil bahagian terdiri daripada lapan lelaki dan lapan wanita.
Acara berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Luyang dan perlawanan akhir dijadualkan pada 21 Disember depan.
Pada temasya kali ini, acara tinju yang mempertandingkan 10 kategori itu melibatkan penyertaan daripada seramai 88 peserta daripada 14 kontinjen.
Perlawanan akhir juga dijadual pada 21 Disember depan dan akan diadakan di Dewan Damai Kota Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH