Realiti Politik Sabah, Sarawak Berbeza Dengan Semenanjung – Salleh

Realiti Politik Sabah, Sarawak Berbeza Dengan Semenanjung – Salleh

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dinamik politik Sabah dan Sarawak berbeza daripada Semenanjung dan tidak semestinya memerlukan formula politik atau pilihan raya yang sama, kata Bendahari UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, keputusan PRN Sabah 2025 menunjukkan pengaruh semakin besar politik berteraskan negeri apabila GRS memenangi 29 kerusi dan Warisan 25, sekali gus menguasai 54 daripada 73 kerusi DUN.

Menurutnya, keputusan itu mencerminkan keutamaan pengundi Sabah terhadap kepentingan negeri, autonomi, pembangunan dan hak Sabah.

Salleh berkata pendekatan penyatuan politik Melayu antara UMNO dan PAS yang mungkin sesuai di Semenanjung tidak wajar diterapkan secara automatik di Sabah.

Pendekatan sedemikian boleh memakan diri sekiranya dilihat sebagai satu bentuk aturan politik yang berpusatkan Malaya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata UMNO Sabah perlu dilihat sebagai parti nasional yang memahami realiti politik negeri serta mampu bekerjasama dengan parti tempatan, khususnya GRS.

“Formulanya harus mudah: kestabilan politik, pembangunan, hak-hak Sabah dan kepentingan Orang Sabah,” katanya.