Orang ramai Dijemput Meriahkan Tahun Baharu Cina, Februari Ini

Orang ramai Dijemput Meriahkan Tahun Baharu Cina, Februari Ini

0
SHARE
Christina
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijemput hadir sekali gus memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024, pada 10 Februari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah (KePKAS), Datuk Christina Liew berkata sambutan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) itu menyasarkan seramai 10,000 pengunjung di Sabah International Convention Centre (SICC), mulai jam 9 pagi.

“Orang ramai adalah dijemput untuk memeriahkan sambutan ini kerana pelbagai acara kebudayaan dan hiburan telah dirancang dengan rapi di mana majlis bakal diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Toh Puan.

“Selain itu, Ketua Menteri Sabah dan isteri serta barisan kepimpinan kerajaan negeri juga akan turut bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ini.

“Kita turut menjangkakan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,” katanya dalam Sidang Media Sempena Tahun Baharu Cina 2024 di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri Dr. T.C. Goh, Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki dan Setiausaha Tetap KePKAS, Josie Lai Mei Sing. — JABATAN PENERANGAN SABAH