Benarkah Peter Anthony Sakit? Netizen Viralkan Foto Di Airport KK (KKIA), SPRM...

Benarkah Peter Anthony Sakit? Netizen Viralkan Foto Di Airport KK (KKIA), SPRM Dan Polis Diminta Siasat – GERAM

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sejak pagi tadi netizen mula menularkan foto Peter Anthony sedang mendaftar masuk di kaunter pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah.

Gerakan Anti Rasuah Malaysia @ GERAM dalam satu kenyataan meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Polis untuk menyiasat dakwaan yang tular tersebut.

“GERAM berpandangan sekiranya foto yang tular ini benar, pihak SPRM termasuk Jabatan Peguam Negara boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Peter kerana telah berbohong.”

“Sebaliknya kalau berita ini tidak benar dan Peter sememangnya sakit, GERAM mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan segera pulih,” tambah GERAM.

GERAM juga berkata “sebelum ini wujud pandangan daripada aktivis anti-rasuah agar pihak SPRM memohon kepada Mahkamah untuk menahan Pasport Antarabangsa Peter sebagai langkah berjaga-jaga kerana sebelum ini Michael Ubu yang juga rakan Peter telah melarikan diri selama hampir tiga (3) tahun bagi mengelak didakwa oleh SPRM.”

Justeru, GERAM juga berpandangan sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya cadangan menahan Pasport Antarabangsa Peter perlu diambil segera oleh pihak SPRM.

Sebelum ini, pihak SPRM telah mengedarkan surat jemputan rasmi kepada wartawan untuk hadir ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur yang bertarikh 22 Jun 2020, jam 9.00 pagi bagi membuat pendakwaan ke atas Peter berhubung pemalsuan dokumen.

Namun, Peter gagal hadir dengan alasan sakit, perkara tersebut telah dimaklumkan melalui peguamnya, Haniff Khatri Abdullah di hadapan Hakim Rozina Ayob dengan menunjukkan gambar Peter dimasukkan ke wad.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, sebelum ini juga turut didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah pada 18 Jun 2020 berhubung kes pecah amanah wang membabitkan penjualan tanah RISDA bernilai RM15,545,400.

Peter Anthony, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah pada 18 Jun 2020 atas pertuduhan bersubahat kes pecah amanah membabitkan pembelian tanah RISDA bernilai RM15,545,400…(Sumber foto dipetik daripada BH Online)