
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) SAC Datuk Chandrasehkaran Muthu meninggal dunia pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun mengesahkan perkara itu dan berkata mayat Chandra telah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk bedah siasat.
Beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dari 2014 hingga 2018.
Chandra meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.
Menurut sumber, Chandra mempunyai rekod penyakit jantung.
Pengurusan mayatnya akan dilaksanakan oleh Cawangan Kebajikan dan PERKEP IPK Sabah.





