
KOTA KINABALU, SABAH – Di mana kumpulan kecil kononnya wakil mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) termasuk pemimpin Warisan dan UMNO ketika rakyat ditimpa musibah bajir khususnya di daerah Penampang baru-baru ini.
“Kalau benar mereka pejuang rakyat, kenapa sehingga kini kelibat mereka gagal dikesan membantu rakyat di kawasan Penampang? sebaliknya sanggup berdemo di hadapan bangunan Menara Kinabalu berjam-jam kononnya bagi mendesak kerajaan bekalkan air ke UMS,” kata BEBAS.
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), kumpulan ini sebenarnya bukan pejuang tulen sebaliknya dipercayai telah dibayar oleh Parti Warisan Sabah untuk membuat onar bagi menghasut rakyat membenci kerajaan GRS-PH di Sabah.
“Kalau mereka pejuang tulen untuk rakyat, mereka sepatutnya tampil ke hadapan sambil ditemani penaja utama mereka iaitu Parti Warisan Sabah untuk membantu mangsa-mangsa banjir…
“Kalau alasan mereka tidak mempunyai wang, sekurang-kurangnya tampillah ke lapangan untuk membantu membersihkan kawasan rumah-rumah mereka yang terjejas banjir,” jelas BEBAS.
BEBAS menjelaskan bahawa kumpulan mahasiswa tajaan Parti Warisan Sabah ini sepatutnya boleh meminta wang dari Shafie atau Azis Jamman bagi membiayai gerak kerja mereka dalam membantu mangsa-mangsa banjir.
Malangnya perkara ini (membantu mangsa banjir) mustahil berlaku kerana mereka (mahasiswa bayaran Warisan) hanya kumpulan yang wujud selepas mendapat bayaran wang.
Menurut BEBAS lagi rakyat Sabah sepatutnya melihat sikap sebenar Parti Warisan Sabah termasuk UMNO kalau kedua-dua parti ini memerintah negeri Sabah semula akan menyebabkan rakyat bertambah susah.
Dalam pada itu, BEBAS turut mempersoalkan keberadaan serta kelibat ADUN Moyog Darell Leiking termasuk Shafie Apdal, Azis Jamman dan Bung Moktar yang menghilangkan diri ketika rakyat di Penampang termasuk di Putatan berhadapan dengan situasi sukar iaitu banjir.

“Hanya pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) termasuk UPKO sahaja yang muncul membantu rakyat yang terjejas,” tambah BEBAS.








