Pingat Gangsa Untuk Pandelela Dan Jun Hoong Di Kejohanan Akuatik Dunia, Hungary

Pingat Gangsa Untuk Pandelela Dan Jun Hoong Di Kejohanan Akuatik Dunia, Hungary

0
SHARE

HUNGARY – Pasangan atlet terjun negara, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary.

Memetik kenyataan Portal Berita Harian Online, pasangan penerjun negara ini meraih 328.74 mata bagi mengecap kejayaan itu.

Pingat emas dimenangi pasangan China, Ren Qian dan Si Yajie yang mengumpul 352.56 mata manakala pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae dan Kim Kuk Hyang membawa pulang pingat perak dengan 336.48 mata.