SAS Hadiri ASA Congres Tahun Depan

SAS Hadiri ASA Congres Tahun Depan

0
SHARE
Sas
Toh Puan Norlidah (empat dari kiri) bergambar bersama ahli rombongan kunjungan hormat ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) akan menghadiri Association of Secretaries and Administrative Professionals in Asia Pacific (ASA) Congress, tahun depan.

Menurut Timbalan Presiden SAS Noor Ramziah Ahmad, kongres tersebut akan berlangsung di Sri Lanka dengan penglibatan 12 negara.

“Antara program besar SAS adalah menghadiri ASA Congress kali ke-26 yang akan berlangsung di Sri Lanka pada tahun hadapan.

“Kongres ASA ini merupakan program dwitahunan melibatkan 12 buah negara yang akan silih berganti menganjurkan kongres tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu.

Jelas beliau, pihaknya juga merancang untuk mengadakan program khidmat masyarakat (CSR) yang di SK Rampazan Papar selain sambutan ulang tahun ke-50 SAS.

SAS terdiri daripada 150 orang ahli yang melibatkan setiausaha yang berada di bawah kerajaan negeri, persekutuan dan swasta di seluruh Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH