Mayat Lelaki Ditemui Dipercayai Terjun Dari Harbour Mall Sandakan

Mayat Lelaki Ditemui Dipercayai Terjun Dari Harbour Mall Sandakan

0
SHARE
Sandakan
Keadaan mayat mangsa di luar pusat beli belah berkenaan ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

SANDAKAN, SABAH – Orang ramai menemui seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditemui di kawasan pejalan kaki di luar Harbour Mall, sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata siasatan awal mendapati mangsa memasuki kawasan parkir pusat beli-belah itu kira-kira jam 1.30 pagi dan telah meletakkan kenderaannya di aras tujuh.

“Menurut maklumat saksi yang sedang meletakkan kenderaanya berhampiran bangunan Harbour Mall pada jam 3.40 pagi terdengar bunyi dentuman.

“Saksi kemudian keluar dari kenderaan dan mendapati mayat si mati dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya.

“Saksi kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Abdul Fuad berkata mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat mankala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.