COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 5,725 KES DAN...

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK NAIK TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 5,725 KES DAN 16 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya 3,423 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 157,722 kes (77.34%).

Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 melonjak naik dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 5,725 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 203,933 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 45,478 kes.

DARIPADA 5,725 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak tujuh (7) Kes import, manakala 5,268 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 301 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 115 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 3,126 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 687 KES dan JOHOR sebanyak 684 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat 16 KES kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 733 KES (0.4%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (29 Januari 2021) sebanyak 3,126 KES daripada keseluruhan 5,725 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)