Ketua Aktivis Anti-Vaksin Israel Meninggal Dunia, Tuntut Pengikutnya Teruskan Perjuangan

Ketua Aktivis Anti-Vaksin Israel Meninggal Dunia, Tuntut Pengikutnya Teruskan Perjuangan

0
SHARE
Hai Shaulian...

ISRAEL – Seorang ketua aktivis anti-vaksin berpengaruh di Israel meninggal dunia setelah dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak COVID-19.

Jerusalem Post melaporkan Hai Shaulian, 57, dimasukkan ke hospital seminggu yang lalu di Pusat Perubatan Wolfson di Holon setelah dia didapati positif virus itu dan meninggal pada 13 September yang lalu selepas kesihatannya semakin merosot.

Difahamkan, dua hari sebelum kematiannya, dia masih sempat menentang program vaksinasi kerajaan Israel dan meminta agar pengikutnya untuk meneruskan perjuangan mereka sebagai aktivis anti-vaksin.

Dalam satu catatan di Facebook, Shaulian memuat naik gambarnya yang memakai alat oksigen dan mengatakan bahawa situasinya “kritikal” serta dia “tidak mampu untuk bercakap atau bertindak balas terhadap orang”.

“Saya tidak mempunyai oksigen dan tidak dapat menstabilkannya,” kata Shaulian.

Dia juga mengatakan bahawa dia percaya bahawa “dengan pertolongan Tuhan” dia akan pulih dalam dua atau tiga minggu.

“Pencipta ada bersama saya, saya tidak takut. Saya percaya bahawa saya akan keluar dari ini dengan pertolongan Tuhan, dalam perkiraan saya, ia akan berlaku,” Shaulian menulis dalam catatan Facebook miliknya.

Tangkap layar (screenshot) pada media sosial Facebook Hai Shaulian…

Sebelum ini, Shaulin pernah mengadakan tunjuk perasaan yang menentang sistem Green Pass milik kerajaan Israel yang membuka ruang untuk mereka yang sudah divaksin penuh, yang pulih dari COVID-19 atau mereka yang negatif.

“Ini tidak ada hubungannya dengan coronavirus. Ia tidak ada kaitan dengan vaksin. Ini ada kaitan dengan paksaan. Terus berjuang. Negara melakukan penindasan penjenayah terhadap kita. Jangan menyerah,” tambah Shaulian.

Minggu lalu pula, anti-vaksin ini juga telah bertindak menuduh polis cuba meracuninya setelah dia ditangkap semasa tunjuk perasaan yang menentang sistem Green Pass.

Dia mendakwa bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan terhadapnya.

“Polis Jerusalem cuba meracuni saya. Saya tidak pernah merasa seperti ini dalam hidup saya. Sepanjang minggu saya berjuang seolah-olah tidak ada yang berlaku, tetapi hari ini saya tidak dapat lagi bernafas dan pergi ke HMO dan dari sana saya dievakuasi ke Wolfson Medical. Sekiranya sesuatu berlaku kepada saya – ketahuilah bahawa ia adalah cubaan pembunuhan.”

Shaulin sebelum ini dikatakan telah mengadakan tunjuk perasaan untuk menentang keras peraturan bagi membendung wabak COVID-19 di Israel.

Menurut sumber, dia juga telah menentang sistem Green Pass dan syarat untuk memakai pelitup muka (facemask) di tempat terbuka dan tertutup.