Dua Lelaki Maut Terlanggar Lori 10 Tan Di Kinabatangan

Dua Lelaki Maut Terlanggar Lori 10 Tan Di Kinabatangan

0
SHARE

KINABATANGAN, SABAH – DUA (2) lelaki dalam sebuah van persiaran maut terlanggar belakang lori 10 tan yang rosak berhampiran Simpang Estate di sini awal pagi tadi.

Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Muahamad Ghadafi Gafar, 38, iaitu pemandu dan Ridzuan Madarup, 42, penumpang bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah, Superintendent Dzulbaharin Haji Ismail berkata, kedua-dua mangsa disahkan mati di lokasi kemalangan oleh Pegawai Kesihatan Hospital Kinabatangan.

“Punca kejadian dipercayai van persiaran tersebut dalam pemanduan kelajuan tinggi telah melanggar lori treler dan kon yang sudah dipasang pada bahagian belakang…

“Kedua-dua mangsa tidak disyaki mabuk walaubagaimanapun sampel darah telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia sementara mayat dihantar ke Hospital untuk tujuan saringan COVID-19 dan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Kinabatangan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin yang mana anggota pasukan beliau telah bertindak ke lokasi kemalangan pukul 1.30 pagi tersebut berkata pemandu lori treler tidak berada di tempat kejadian pada waktu itu.