PENAMPANG, SABAH – Sebuah gereja dan LAPAN (8) buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Babah Bunduon di sini, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan insiden berkenaan pada pukul 8.48 pagi.
Menurut Pegawai Operasi, PBKII Mohd Khairul Kohir berkata gereja tersebut merupakan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) sementara yang dibina oleh penduduk setempat.
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/09/kebakaran-di-gereja-penampang-2.jpeg)
“Sebanyak 10 keluarga kehilangan tempat tinggal sementara tiga (3) kenderaan turut musnah iaitu Mitsubishi Triton, sebuah van Toyota dan Proton Iswara…
“Keluasan anggaran kemusnahan dalam 190 x 240 kaki,” katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![](https://sabahnews.com.my/wp-content/uploads/2021/09/kebakaran-di-gereja-penampang-3.jpeg)