KUALA LUMPUR – Pelakon berasal dari Malaysia yang berjaya membintangi Filem Marvel Shang-Chi iaitu Ronny Chieng mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2021 baru-baru ini dan turut mengakui dia masih setia sebagai rakyat Malaysia.
Marvel Studios Malaysia dalam satu ciapan pada Twitter rasmi, Ronny yang berasal daripada Johor membuktikan apa yang membuatkan dia sebahagian dari Malaysia sambil mempamerkan kebolehan Bahasa Malaysia.
Ronny kemudiannya menunjukkan pasport Malaysia bagi membuktikan bahwa dia masih orang Malaysia dan dengan nada jenaka, dia akui masih menggunakan perkataan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam bahasa sehariannya.
Pelakon filem The Crazy Rich Asia itu juga turut mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia dan mengakhiri klip tersebut dengan ucapan Malaysia Boleh. Ciapan Marvel Studios Malaysia telah ditonton lebih dari 20,000 kali dan mendapat lebih daripada 400 suka.
VIDEO Ronny Chieng mengucapkan Selamat Hari Malaysia…(Sumber: Twitter Marvel Studios Malaysia)