Polis Marin Kudat Berjaya Tangkap Lelaki Seludup Minyak Petrol

Polis Marin Kudat Berjaya Tangkap Lelaki Seludup Minyak Petrol

0
SHARE
Ihsan foto daripada Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah...

KUDAT, SABAH – Polis Marin Kudat telah berjaya menangkap seorang lelaki berumur 26 tahun yang cuba untuk menyeludup minyak petrol ke negara jiran di jeti Kampung Layak-Layak Pitas, Kudat malam tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat; ASP Cyril Douglas berkata, pemantauan dan hasil risikan mendapati lelaki tersebut membawa minyak petrol tanpa permit yang sah dan diseludup ke negara jiran dengan menggunakan pam bot miliknya.

“Satu serbuan dibuat dan hasil pemeriksaan telah menjumpai beberapa gelen berisi petrol dan suspek turut gagal untuk mengemukan sebarang dokumen yang sah daripada KPDNHEP untuk tujuan tersebut…

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM10,480.00,” katanya.

Hasil tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.