GADIS BERKAHWIN TANPA SUAMI, ‘DIGANTI’ DENGAN SEBILAH KERIS

GADIS BERKAHWIN TANPA SUAMI, ‘DIGANTI’ DENGAN SEBILAH KERIS

0
SHARE
Upacara perkahwinan seorang gadis yang berkahwin tanpa suami dan hanya ditemani keris tular di aplikasi Tiktok. - TikTok

JAKARTA, INDONESIA – Bakal suami enggan meneruskan perkahwinan, pengantin perempuan terpaksa meneruskan perkahwinan tanpa calon suami dan diganti dengan sebilah keris sebagai simbolik kehadiran lelaki.

Memetik laporan Suara.com, pengantin perempuan Ni Putu Melina, 22 yang berasal dari Kecamatan Blahbatuh, Pulau Bali terpaksa melangsungkan perkahwinan beliau secara bersenderian pada 12 Januari lalu.

Ini kerana bakal suaminya enggan meneruskan perkahwinan secara tiba-tiba dengan alasan enggan mengikuti adat tradisional masyarakat Bali iaitu ‘nyentana’.

Bali terkenal dengan keunikan adat-adatnya, dan Nyentana’ adalah adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya hamil.

Menurut bapa pengantin perempuan tersebut, I Ketut Suwrdita, anaknya dan bakal suaminya memang sudah lama bercinta, namun kerap putus dan disambung semula.

Ujarnya, bakal suaminya memang pada awalnya sudah setuju untuk ‘nyentana’ bagi tempoh sehingga anaknya disahkan hamil selepas berkahwin.

“Apabila persiapan perkahwinan sudah selesai, lelaki itu tiba-tiba tidak mahu untuk ‘nyentana’,” katanya.

Menurut Ketut, dia tidak sampai hati membatalkan majlis perkahwinan itu lalu mengambil keputusan meneruskannya dengan menggantikan sosok suami dengan sebilah keris.

“Saya tidak malu video perkahwinan tanpa suami Melina tular kerana saya mahu orang tua dan gadis-gadis di luar sana ambil pengajaran apa yang berlaku…

“Cukup anak saya seorang yang diperlakukan begini,” jelasnya.