DUN Sabah Luluskan Belanjawan RM6.421 Bilion

DUN Sabah Luluskan Belanjawan RM6.421 Bilion

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2025) 2024 atau Belanjawan Sabah 2025 berjumlah RM6.421 bilion, semalam.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berkata belanjawan terbabit diluluskan setelah dibahaskan seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak Isnin lepas dandipersetujui suara majoriti ahli mesyuarat.

RUU Perbekalan (2025) 2024 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun pada Jumaat minggu lepas.

Masidi ketika berucap dalam sesi penggulungan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini berkata pungutan hasil setakat 20 November 2024 telah mencapai RM5.93 bilion iaitu 87.6
peratus daripada Anggaran Hasil Disemak dan telah menembusi Anggaran Asal 2024.

Katanya, walaupun Sabah menghadapi pelbagai cabaran ekonomi yang kompleks, termasuk ketidaktentuan dalam pertukaran mata wang asing namun situasi terbabit terus menguji keupayaan kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi.