Pejuang Sabah Bidas Tiong King Sing, Puji Akmal Saleh Mengenai Isu Malaysia...

Pejuang Sabah Bidas Tiong King Sing, Puji Akmal Saleh Mengenai Isu Malaysia Negara Perkauman

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pejuang Sabah memuji tindakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Muhamad Akmal Saleh atas ketegasannya menegur Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berikutan isu yang dilemparkan melalui soalan pelancong kepada beliau (Menteri), mengenai adakah ‘Malaysia Negara perkauman’.

Timbalan Ketua Negeri Pejuang Sabah, Razif Abdillah, menegaskan agar Tiong King Sing lebih cerdik dalam menilai sesuatu perkara mahupun isu melibatkan kepelbagaian kaum.

“Merujuk khusus kepada isu yang ditanyakan kepada beliau, maka harus dijawab dengan lebih akademik dengan mendidik pelancong asing ‘apakah sebenarnya Negara Malaysia dalam konteks kepelbagaian kaum’. Bukannya hanya menerima bulat pandangan orang asing yang jahil daripada luar.

“Anda sebagai Menteri secara langsung adalah wakil Kerajaan dan seharusnya isu berbangkit sebegini dengan mudah mampu diharmonikan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sementara itu, mengulas lanjutan isu papan tanda tulisan Cina di Kuala Lumpur yang membabitkan penguatkuasaan daripada DBKL, katanya merit harus diberikan kepada DBKL kerana telah melaksanakan tugas dengan baik.

“Isu tersebut bukan isu perkauman, tetapi isu perlanggaran peraturan melalui undang-undang kecil (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa kebangsaan.

“Perkara 152 Perlembagaan Malaysia juga jelas menyebut, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, jadi dimana perkara yang boleh menjadi isu.

“Isu yang kita nampak adalah bila Menteri seolah-olah mengambil ini sebagai satu perkara yang mencerminkan budaya Malaysia kononnya perkauman, sedangkan Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan ianya merupakan sesuatu yang terpuji dan amat Istimewa berbanding negara lain dirantau ini.

“Sentiasa Ingat Menteri, perbezaan Kepelbagain kaum dengan Perkauman. Anda adalah Menteri Pelancongan, jika isu seremeh begini tidak mampu diselesaikan dengan baik, malah telah menunjukkan kurangnya kefahaman kendiri mengenai kepelbagaian kaum, mungkin Perdana Menteri perlu ‘revisit’ kedudukan beliau,” tegasnya.

Selain itu, Razif yang juga pensyarah IPTS berkata, bidasan beliau kepada bekas dua kali Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang kononnya tidak membina bilamana Tun Mahathir memberikan komen yang juga melibatkan isu papan tanda adalah sesuatu yang jelas kefahaman beliau boleh ditakrif sebagai lemah. 

“Saya tidak mahulah mengakatakan beliau ini bias atau tidak kepada kaumnya, tetapi mahu melihat dari aspek intelektual.

“Jelas Tun Mahathir menasihati bahawa mengekalkan penggunaan karakter atau tulisan pada papan tanda itu ‘just fine, cuma perlu dihadkan kepada tulisan ataupun karakter lebih kecil serta harus ada kepatuhan kepada undang-undang kecil DBKL.

“Disini, jika semuanya dipatuhi, adalah mustahil perkara ini boleh menjadi suatu isu atau masalah mahupun cabaran dalam perniagaan,” jelasnya.

Razif sekali lagi menasihati agar Menteri Pelancongan, berilmiah dalam meneliti, melihat, memberi pandangan mahupun respon kepada perkara melibatkan kredibiliti negara.

“Andai kata itu merupakan cabaran yang sulit untuk dilakukan ,maka berhemahlah untuk berikan baton kepada orang lain yang lebih berwibawa,” tambahnya.