KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN PANGLIMA 5 DIVISYEN DAN SUP SABAH BAHARU

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN PANGLIMA 5 DIVISYEN DAN SUP SABAH BAHARU

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima cenderamata daripada Panglima Lima Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin semasa menerima kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Panglima Lima Divisyen yang baharu, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Noorrul mengambil alih jawatan Panglima Lima Divisyen berkuatkuasa pada 11 September lepas daripada Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman yang bertukar ke Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum menyandang jawatan Panglima Lima Divisyen, Noorrul adalah Asisten Ketua Staf Operasi Latihan dan Pertahanan, Markas ATM.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah yang baharu, Datuk Seri Rosli Isa.

Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, Datuk Seri Rosli Isa semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Rosli menggantikan Datuk Makhzan Mahyuddin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa pada 9 September lepas.

Rosli sebelum ini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Turut hadir ialah Timbalan SUP Sabah, Mastina Ibnu Hassan.