FESKA 2025 Tegaskan Amanah Pelihara Warisan Budaya

FESKA 2025 Tegaskan Amanah Pelihara Warisan Budaya

0
SHARE

KOTA MARUDU: Festival Kaamatan Sekolah (FESKA) 2025 di SK Pekan Lama Kota Marudu menegaskan pentingnya amanah mengekalkan warisan budaya yang Mampu membentuk jati diri dan perpaduan generasi muda.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, FESKA bukan sekadar acara tahunan, tetapi wadah pendidikan nilai dan cinta budaya.

“Dalam dunia moden, mengekalkan identiti budaya adalah satu amanah.

“FESKA 2025 manifestasi kasih kepada budaya KDMR (Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus).

“Ia menyatukan pelajar pelbagai kaum di bawah satu bumbung perpaduan,” katanya semasa merasmikan acara tersebut.

Bertemakan Kaamatan untuk Semua, program itu menampilkan pertandingan bercerita bahasa KDMR, Sugandoi, fesyen tradisional dan pelbagai persembahan budaya.

Redonah turut menghargai peranan kepimpinan guru seperti Guru Besar Atiah Awang, Cikgu Larry, serta Pemangku PPD Khairuddin Hj Jamal atas sokongan mereka.

“Anak-anak bukan hanya belajar budaya sendiri, tetapi juga nilai seperti kerjasama, keyakinan dan bangga jadi anak Sabah,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Inspirasi Wanita Sabah.

Beliau menyeru pelajar agar bijak guna teknologi tanpa melupakan akar budaya.

“Jadilah generasi celik teknologi, tetapi berjiwa Sabah,” pesannya.