KUCHING, SARAWAK – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia hari ini.
Perkara ini disahkan Setiausaha Sulit kepada Datuk Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim dalam Facebook rasmi Hanifah.
“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada pencipta-Nya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya dalam pautan yang dimuat naik itu.
Jelasnya, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.