Gambar Pelancong Tidak Senonoh: Pengoperasi Pelancongan Diseru Beri Nasihat

Gambar Pelancong Tidak Senonoh: Pengoperasi Pelancongan Diseru Beri Nasihat

0
SHARE
Wanita
Gambar wanita tidak berpakaian sopan berjalan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Pengoperasi pelancongan di negeri ini diseru agar menasihati pelanggan mereka tentang etika pemakaian dan tatasusila di negara Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata demikian susulan empat keping gambar seorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh di bandaraya Kota Kinabalu tular di media sosial pada petang Khamis semalam.

Dua gambar di malam hari tersebut memaparkan seorang wanita yang mempamerkan payudara serta punggungnya, manakala dua lagi keping gambar di siang hari yang lain pula memaparkan seorang wanita yang hanya berpakaian dalam di kawasan terbuka bertempat di sekitar Jalan Gaya.

Jauteh dalam satu sidang media hari ini berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Gambar-gambar tersebut telah dimuat naik ke laman X (dahulu Twitter) namun profil itu kini telah dinyahaktifkan.

Sementara itu, Polis Daerah Kota Kinabalu memohon kerjasama orang ramai yang mengenali individu berkenaan untuk menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Insp Nur Hatin Amera Mohd Khir di talian 011-12939436.