Dewan Perniagaan Labuan Gesa Kenalpasti Penurunan Drastik Jumlah Pelancong

Dewan Perniagaan Labuan Gesa Kenalpasti Penurunan Drastik Jumlah Pelancong

0
SHARE
Ujana kewangan
Sekadar gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

LABUAN – Bimbang dengan penurunan drastik jumlah kedatangan pelancong ke pulau ini, Dewan Perniagaan Labuan menggesa satu kajian dibuat bagi mengenalpasti mengapa semakin kurang pelawat tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Memetik laporan Daily Express, Pengerusinya Dahlif Singh berkata ia mungkin menggambarkan kemerosotan ekonomi di wilayah tersebut.

“Kajian boleh mengenalpasti adakah keadaan ini berpunca daripada terhakisnya status Labuan sebagai pulau bebas cukai sejak dua tahun lalu atau pemeriksaan ketat imigresen yang dikuatkuasakan,” katanya.

Jumlah penumpang yang menaiki feri di terminal Labuan dilaporkan menurun kepada separuh dalam lima tahun kebelakangan ini, daripada 416,000 pada 2018 kepada hanya 211,285 pada tahun lalu.

Hal ini mungkin berkait dengan cukai terminal feri juga dinaikkan kepada RM3 untuk perjalanan domestik antara Labuan dan Sabah atau Sarawak, dan RM5 untuk laluan ke Brunei.

Dahlif bersetuju terdapat kewajaran kenaikan bayaran terminal feri, tetapi ia sepatutnya menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik termasuk dilengkapi penyaman udara.

Namun, Putrajaya mula mengenakan cukai terhadap rokok dan produk tembakau di semua pulau bebas cukai termasuk labuan bermula 1 Jan 2021.

Pada Jun lalu, jumlah minuman beralkohol yang tidak dikenakan cukai turut dihadkan untuk dibawa keluar dari Labuan.

Sebelum ini, pengunjung boleh membawa keluar maksimum enam liter minuman beralkohol atau 24 tin bir keluar dari Labuan.