Rusuhan Di Pusat Hiburan Penampang, Empat Individu Ditahan

Rusuhan Di Pusat Hiburan Penampang, Empat Individu Ditahan

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berjaya menahan empat individu lelaki disyaki terlibat dengan kes rusuhan di sebuah pusat hiburan di Kobusak sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton, tangakapan tersebut bersabit laporan polis pada Ahad lalu (8 Okt) yang dibuat oleh mangsa,seorang lelaki warga tempatan, berumur 23 tahun.

“Mangsa mendakwa dirinya dipukul oleh sekumpulan individu lelaki yang tidak dikenali sehingga menyebabkan kecederaan di hidung dan bahagian kepala mangsa.

“Susulan itu, sepasukan polis dari BSJ Penampang berjaya menahan kesemua suspek yang telibat di sebuah kedai gunting rambut di Plaza Kingfisher, Kota Kinabalu pada jam 5.06 petang, Khamis semalam,” katanya.

Mengulas lanjut, Sammy berkata kesemua suspek merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan 21 hingga 44 tahun yang telah dibawa ke ipd penampang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis meminta saksi di tempat kejadian untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Polis juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang rusuhan atau gaduh gempar,” tegas beliau.