Elak Disaman Polis, Pemuda Pura-Pura Cabut Rumput

Elak Disaman Polis, Pemuda Pura-Pura Cabut Rumput

0
SHARE
Tangkap layar menunjukkan situasi dua pemuda yang berpura-pura mencabut rumput di kawasan sawah padi setelah dikejar sepasukan polis.

JAKARTA, INDONESIA – Gara-gara ingin mengelak dari disaman akibat kesalahan tidak memakai topi keledar, dua pemuda bertindak masuk ke kawasan sawah padi dan mencabut rumput, lapor Suara.com.

Perbuatan yang sempat dirakam itu sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata sepasukan polis yang mengejar mereka dengan harapan terlepas dari disaman.

Dalam rakaman video itu, dua lelaki tersebut dilihat meninggalkan selipar di atas tanah lalu turun ke dalam sawah padi dan berpura-pura bekerja.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular menunjukkan dua (2) orang pemuda berpura-pura mencabut rumput di sawah padi bagi mengelakkan disaman pihak Polis kerana tidak memakai topi keledar…

Mereka juga berpura-pura tidak mendengar dan menyahut apabila dipanggil polis.

“Di atas motosikal nampak berani, dikejar polis terus jadi petani,’’ tulis seorang netizen.

“Panik tak, panik tak,” tulis seorang lagi netizen.