JAKARTA, INDONESIA – Indonesia bakal menghasilkan dua jenis pil antiviral Covid-19 tempatan pada tahun ini.
Memetik laporan Bernama, dua jenis pil antiviral tersebut iaitu Molnupiravir dan Paxlovid akan dihasilkan pada bulan April atau Mei.
Bagi pil Molnupiravir ianya akan dibangunkan oleh Merck & Co dan Ridgeback Biotherapeutics, manakala Paxlovid oleh Pfizer akan dihasilkan di kilang PT Amarox Pharma Global di daerah Bekasi.
“Kerajaan akan terus memastikan bekalan ubatan Covid-19 untuk kegunaan domestic mencukupi bagi menghadapi gelombang virus SARS-CoV-2,” kata jurucakap petugas khas Covid-19 Indonesia, Reisa Broto Asmoro.
Sementara itu, Indonesia juga telah memperoleh 400,000 tablet Molnupiravir untuk merawat Covid-19 melalui syarikat pembekal ubat generik India, PT Amarox Pharma Global.
Penghasilan pil antivirus tersebut berfungsi untuk menghalang virus Covid-19 daripada terus merebak.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, negara Indonesia telah menyaksikan peningkatan jumlah kes COVID-19 jenis Omicron.