SELANGOR – Satu laporan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 direkodkan di Seram Indonesia, semalam.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada 10.29 semalam dan pusat gempa tersebut berada di 3.4 darjah Selatan dan 131.0 darjah Timur.
Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami yang berlaku kepada negara tersebut serta Malaysia.
Kejadian itu berlaku pada kedalaman 39 kilometer (km) dan 284km Selatan dari Sorong, Indonesia.





