LAHAD DATU: Polis Daerah Lahad Datu menumpaskan dua kes berasingan melibatkan dadah jenis syabu menerusi operasi yang dijalankan di daerah ini baru-baru ini.
Sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Desa Kencana telah menahan seorang lelaki berusia 43 tahun warga Filipina di sebuah pondok di Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian.
Hasil pemeriksaan, polis menemui sebuah bekas kecil bertulisan “Mentos” yang mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 11.58 gram.
Nilai rampasan dianggarkan RM1,414.60.
Suspek turut didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine
Dalam operasi berasingan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lahad Datu telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun warga Indonesia di Kampung Pisang, Lahad Datu.
Pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 0.21 gram Ujian saringan awal mendapati suspek positif Amphetamine dan Methamphetamine.
Kedua-dua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Sek. 39A(1) dan 12(2) ADB 1952
Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACPDzulbaharin Ismail, dan seluruh warga IPD Lahad Datu dalam memerangi jenayah dadah di daerah ini.






