KOTA KINABALU: Jabatan Air Sabah memaklumkan gangguan bekalan air kecemasan berlaku hari ini (Selasa) ekoran pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Moyog akibat masalah clarifier tersumbat.
Gangguan bermula pagi ini dan akan berterusan sehingga kerja-kerja pembaikan selesai, dengan pemulihan bekalan dilakukan secara berperingkat.
Antara kawasan terjejas ialah Bandaraya Kota Kinabalu, Kepayan, Tanjung Aru, KKIA Terminal 1, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Kolombong, Inanam, Luyang, Bukit Padang, Penampang, Kobusak, KDCA, Donggongon, Jalan Bundusan, Beverly Hills, Putatan, Kg. Ketiau, Petagas dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Air Sabah menasihatkan penduduk yang terlibat membuat persediaan awal dengan menyimpan air secukupnya serta menggunakannya secara berhemat sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Careline 24 jam di talian 088-326888.






