‘Bapa Tiramisu’ Meninggal Dunia Pada Usia 93 tahun

‘Bapa Tiramisu’ Meninggal Dunia Pada Usia 93 tahun

0
SHARE

ROM, ITALI – Gabenor wilayah Veneto dengan dukacitanya mengumumkan bahawa Ado Campeol yang digelar ‘Bapa Pencuci Mulut Tiramisu’ yang terkenal di dunia, meninggal dunia pada usia 93 tahun baru-baru ini.

Campeol ialah pemilik restoran Le Beccherie di bandar Treviso yang mula menawarkan ramuan biskut direndam kopi dan mascarpone pada tahun 1970-an.

AFP yang memetik laporan media tempatan, pencuci mulut itu yang mula-mula terhasil kerana kesilapan isteri Campeol dan cefnya pada masa itu yang dilakukan secara tergesa-gesa telah dianggap sebagai masakan Itali yang digemari oleh mereka dan di seluruh dunia ketika ini.

“Dengan pemergian Ado Campeol pada usia 93 tahun hari ini, Treviso kehilangan seorang lagi bintang gastronominya,” Luco Zaia, gabenor wilayah Veneto, menulis di halaman Facebooknya pada Sabtu.

Ado Campeol yang digelar ‘Bapa Tiramisu’, meninggal dunia pada usia 93 tahun….

“Ia adalah di restorannya, terima kasih kepada gerak hati dan imaginasi isterinya, yang melahirkan tiramisu, salah satu pencuci mulut paling terkenal di dunia…

“Tiramisu klasik dibuat dengan melapisi biskut yang direndam espreso dengan mascarpone dan ditambah dengan serbuk koko,” katanya lagi.

Hari ini, pencuci mulut hadir dalam pelbagai jenis, daripada buah-buahan hingga mentega kacang.